jenis 2 jarum

"JARUM MANA SATU NAK GUNA?"

Pernah alami jahitan tidak cantik? Tak tahu kenapa?

Setiap fabrik berbeza-beza tekstur. Maka jarum pun berbeza juga mengikut jenis fabrik. Teruskan baca untuk ketahui lebih lanjut. ðŸ˜‰

JARUM 1 : UNIVERSAL

Jarum ini mempunyai mata yang tajam. Sesuai dengan semua jenis fabrik. Namun pada fabrik licin seperti sutera dan fabrik tebal seperti denim, kita memberi hasil jahitan yang baik. Kerja menjahit juga agak sukar.

JARUM 2 : BALL POINT (JERSY)

Mungkin ramai antara kita tidak menggunakan jarum ini. Jarum ini mempunyai mata bulat. Di gunakan untuk menjahit fabrik jersy seperti pakaian pemain bola sepak dan pakaian sukan lainnya.

ia bersifat strecth/elastik

JARUM 3 : STRECH

Jarum ini mempunyai mata bulat yang kecil. Lebih kecil dari jarum Ball Point. Di gunakan untuk menjahit fabrik-fabrik yang meregang. Seperti fabrik lycra, spandex, dan T-shirt.

JARUM 4 : JEANS (DENIM)

Jarum ini tajam di hujungnya dan mempunyai lubang yang besar. Saiznya juga besar dari jarum-jarum lain. Sesuai dengan kegunaannya untuk menjahit fabrik yang tebal. Lubang yang besar adalah bersesuaian untuk benang yang tebal iaitu benag denim.

JARUM 5 : MICROTEX (SHARP)

Mata jarum yang tajam dan saiz jarum lebih halus. Di gunakan untuk menjahit fabrik lembut dan halus seperti chiffon, sutera dan lain-lain fabrik yang tergolong dalam kategori ini. Jahitan lebih kemas dan halus.

JARUM 6 : LEATHER

Jarum ini paling berbeza dari jarum yang telah di terangkan. Mempunyai sebelah lubang dan terus ke hujung jarum. Di gunakan untuk menjahit material seperti kulit dengan benang yang bersesuaian.



content untuk disemak
https://www.coatsindustrial.com/id/information-hub/apparel-expertise/all-about-needles


Comments